Thursday, 3 July 2014

Bahan-bahan (Sambal)
  • 2 ulas bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 8-10 sudu cili kisar
  • 2 cawan air
  • 1 keping gula Melaka
  • Sedikit belacan
  • Sedikit asam jawa
  • Sedikit ikan bilis (dikisar)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak
  • Bahan-bahan (Nasi)
  • 3 cawan beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 2-3 helai daun pandan
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
  3. Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.




 

 

 

 

 

 

Variasi merupakan perkataan yang sesuai apabila kita mengambarkan tradisi makanan di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai budaya yang agak unik. Antaranya ialah budaya makanan.Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia.

Budaya makanan Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Bagi budaya makanan masyarakat Melayu, pelbagai lauk-pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan sajian nasi. Nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu amnya.

 

Column A Column B
AIN AAAAAAAA
AIN AAAAAAAA
AIN AAAAAAAA
AIN AAAAAAAA
AIN AAAAAAAA
AIN AAAAAAAA
AIN AAAAAAAA